Dalam artikel ni Dr akan kupas semua perihal tentang braces gigi. Dari sebelum pakai hingga ke selepas tanggalkan braces gigi.
Anda mungkin mencari klinik gigi yg sesuai untuk braces. Sebelum berbelanja dan buat keputusan untuk pakai braces, lebih baik ambil tahu serba sedikit hal braces.
Apa yg Dr cover dalam article ni:
Banyak topik nak cover ni. Bookmark siap-siap atau hantar ke WhatsApp dan Telegram.
Braces atau brases adalah alat Orthodontik (satu cabang kedoktoran gigi, pakar beriktiraf untuk tulang gigi) yg digunakan untuk memperbaiki susunan gigi.
Tidak semua Dentist boleh buat kerja Orthodotik. Dentist fokus pada kesihatan gigi secara menyeluruh, manakala Orthodontis pula fokus pada aligning dan menyusun gigi.
Braces bukanlah dipakai untuk suka-suka. Masalah utama yg braces selesaikan adalah gigi jongang, gigi jarang, gigi tak sama rata dan gigi crowding.
Masalah ini mengakibatkan beberapa perkara
"Dah tua pon pakai braces?" Walaupun stigma masyarakat kekal kuat, hakikatnya braces bukan hanya untuk cantik, tapi untuk kesihatan.
Umur yg sesuai adalah sekitar 13 tahun (selepas semua gigi kekal tumbuh) hingga ke tua (atau gigi mula jatuh). Tidak perlu rasa malu untuk nampak lebih cantik dan menjaga kesihatan.
Ada tiga jenis braces yang utama. Traditional (besi dan ceramic), Self-ligating dan Clear aligners.
Baca lebih lanjut mengenai jenis braces.
Harga braces sebenarnya mengikut kawasan, klinik, jenis rawatan. Anda tak perlu kumpul RM 5 - 10,000 untuk terima rawatan. Kebiasaanya dibayar berkala atau selepas setiap rawatan.
Bermula dengan serendah RM 500 anda boleh mula perjalanan braces anda.
Cari Klinik Gigi Avisienna berdekatan.
Prosedur braces boleh diringkaskan kepada berikut;
1. Consultation
2. Rawatan awal (untuk tampalan dan scaling gigi)
3. Memakai (Fitting) Braces
4. Pelarasan (Adjustment) Braces
5. Penanggalan (Removal) Braces
Sebelum mula memakai braces, anda perlu dapatkan consultation dari Orthodontis kerana setiap gigi mempunyai karater dan masalah gigi tersendiri.
Orthodontis akan memberikan recommendation selanjutnya tentang
- Jenis braces sesuai mengikut susunan gigi
- Berapa lama perlu pakai braces
- Harga braces
- Lawatan bulan (berkala)
- Rawatan sebelum memakai braces
Dapatkan rawatan Braces di Klinik Gigi Avisienna
Semua gigi yg berlubang perlu dibersihkan (scaling gigi), ditampal dan diperbaiki sebelum memakai braces bagi memastikan gigi tidak pecah ketika pelarasan (adjustment) dibuat untuk masa akan datang.
Ini termasuk juga dengan karang gigi.
Prosedur ini mengambil masa 30 minit hingga 1 jam mengikut kesihatan gigi.
Masa diambil sekitar 30 minit hingga sejam dan tidak sakit.
Orthodontiks akan memakaikan besi, dawai atau membuat fitting plastic.
Pelarasan braces dibuat bulanan (atau selang beberapa minggu) bergantung kepada masalah gigi, kesukaran dan kes.
Selepas treatment braces sekitar 12 - 24 bulan (atau lebih), braces akan ditanggalkan. Orthodontics akan buatkan retainer bagi memasti gigi tidak kembali ke tempat asal.
Kebersihan gigi mestilah diutamakan ketika penggunaan braces. Ini bagi memastikan gigi tidak berlubang dalam tempoh pengunaan braces.
Sebenarnya banyak lagi, tapi kali ni, kita keep it simple dulu.
Sepanjang pemasangan braces, banyak cerita cabaran kehidupan dengan braces. Cabaran ini boleh terbahagi kepada tiga kategori besar, Ketidak-selesaan, Penjagaan dan Psychological.
Tahniah! Anda dah selesai menjalani rawatan braces, kini senyuman anda cantik!
Namun, perjalanan tidak berakhir di sini. Penjagaan selepas memakai braces sangat penting untuk memastikan gigi anda tetap berada di posisi yang baru dan sihat.
Teruskan kehidupan seperti berikut:
Braces adalah rawatan gigi yg selamat untuk menyusun dan memperbaiki struktur gigi. Anda boleh nampak perbezaan ketara selepas 12-24 bulan (mengikut rawatan).
Gaya hidup dan tabiat perlukan sedikit perubahan ketika memakai braces.
Namun dibalik segala permasalahan dan cabaran, kesihatan gigi dan susunan bertambah baik dengan rawatan braces. Diri lebih confident, dan lebih kerap senyum dari biasa.
Dapatkan consultation dari Orthodontiks terdekat dari Klinik Gigi Avisienna.
✅ Dentist dan Orthodontics Pakar
✅ Downpayment yg Rendah
✅ Cawangan seluruh Malaysia
Booking dengan Cawangan Klinik Gigi Avisienna terdekat