Braces: Panduan Lengkap dari Orthodontis (Doctor Gigi)

Braces: Panduan Lengkap dari Orthodontis (Doctor Gigi)

Dalam artikel ni Dr akan kupas semua perihal tentang braces. Dari sebelum pakai hingga ke selepas tanggalkan braces.

Anda mungkin mencari klinik gigi yg sesuai untuk braces. Sebelum berbelanja dan buat keputusan untuk pakai braces, lebih baik ambil tahu serba sedikit hal braces.

Apa yg Dr cover dalam article ni:

  • Apa itu braces?
  • Kenapa pakai braces?
  • Umur yang sesuai
  • Jenis-jenis braces
  • Harga braces
  • Consultation braces
  • Prosedur pakai braces
  • Penjagaan braces
  • Masalah braces
  • Penjagaan selepas braces

Banyak topik nak cover ni. Bookmark siap-siap atau hantar ke WhatsApp dan Telegram.

Apa itu braces?

Braces atau brases adalah alat Orthodontik (satu cabang kedoktoran gigi, pakar beriktiraf untuk tulang gigi) yg digunakan untuk memperbaiki susunan gigi.

Tidak semua Dentist boleh buat kerja Orthodotik. Dentist fokus pada kesihatan gigi secara menyeluruh, manakala Orthodontis pula fokus pada aligning dan menyusun gigi.

Kenapa pakai braces?

Braces bukanlah dipakai untuk suka-suka. Masalah utama yg braces selesaikan adalah gigi jongang, gigi jarang, gigi tak sama rata dan gigi crowding.

Masalah ini mengakibatkan beberapa perkara

  1. Kesihatan perut - Makanan tidak dikunyah dengan baik
  2. Kesihatan mental - Kurang self esteem kerana tidak cantik
  3. Percakapan - Susunan gigi mengganggu laluan angin dan diction
  4. Gigi jarang - Atau dikenali sebagai 'diastema', jarak di antara gigi
  5. Gigi jongang - Susunan gigi terkeluar ke hadapan

Umur yang sesuai

"Dah tua pon pakai braces?" Walaupun stigma masyarakat kekal kuat, hakikatnya braces bukan hanya untuk cantik, tapi untuk kesihatan.

Umur yg sesuai adalah sekitar 13 tahun (selepas semua gigi kekal tumbuh) hingga ke tua (atau gigi mula jatuh). Tidak perlu rasa malu untuk nampak lebih cantik dan menjaga kesihatan.

Jenis-jenis braces

Ada tiga jenis braces yang utama. Traditional (besi dan ceramic), Self-ligating dan Clear aligners.

  • Traditional (Besi dan Ceramic) - Sesuai untuk semua jenis. Pemakaian sekitar 2 tahun dan harga lingkungan RM 4 - 6,000
  • Self-ligating - Hampir sama seperti Traditional. Berbeza dari segi memendekan lawatan Orthodontis, senang untuk dibersihkan dan lebih selesa.
  • Clear Aligner - Menggunakan teknologi 3D printing, dipakai 22 sehari, boleh ditanggal dan hampir transparent - sesuai untuk orang dewasa bekerja (supaya tak ditegur). Pemakaian sekitar satu tahun.

Baca lebih lanjut mengenai jenis braces.

Braces jenis clear aligners

Harga braces

Harga braces sebenarnya mengikut kawasan, klinik, jenis rawatan. Anda tak perlu kumpul RM 5 - 10,000 untuk terima rawatan. Kebiasaanya dibayar berkala atau selepas setiap rawatan.

Bermula dengan serendah RM 500 anda boleh mula perjalanan braces anda.

Cari Klinik Gigi Avisienna berdekatan.

Prosedur pakai braces

Prosedur braces boleh diringkaskan kepada berikut;

1. Consultation
2. Rawatan awal (untuk tampalan dan scaling gigi)
3. Memakai (Fitting) Braces
4. Pelarasan (Adjustment) Braces
5. Penanggalan (Removal) Braces

Consultation braces

Sebelum mula memakai braces, anda perlu dapatkan consultation dari Orthodontis kerana setiap gigi mempunyai karater dan masalah gigi tersendiri.

Orthodontis akan memberikan recommendation selanjutnya tentang
- Jenis braces sesuai mengikut susunan gigi
- Berapa lama perlu pakai braces
- Harga braces
- Lawatan bulan (berkala)
- Rawatan sebelum memakai braces

Dapatkan rawatan Braces di Klinik Gigi Avisienna

Rawatan Awal

Semua gigi yg berlubang perlu dibersihkan (scaling gigi), ditampal dan diperbaiki sebelum memakai braces bagi memastikan gigi tidak pecah ketika pelarasan (adjustment) dibuat untuk masa akan datang.

Ini termasuk juga dengan karang gigi.

Prosedur ini mengambil masa 30 minit hingga 1 jam mengikut kesihatan gigi.

Memakai (Fitting) Braces

Masa diambil sekitar 30 minit hingga sejam dan tidak sakit.

Orthodontiks akan memakaikan besi, dawai atau membuat fitting plastic.

Pelarasan (Adjustment) Braces

Pelarasan braces dibuat bulanan (atau selang beberapa minggu) bergantung kepada masalah gigi, kesukaran dan kes.

Penanggalan (Removal) Braces

Selepas treatment braces sekitar 12 - 24 bulan (atau lebih), braces akan ditanggalkan. Orthodontics akan buatkan retainer bagi memasti gigi tidak kembali ke tempat asal.

Penjagaan (Kehidupan) Braces

Kebersihan gigi mestilah diutamakan ketika penggunaan braces. Ini bagi memastikan gigi tidak berlubang dalam tempoh pengunaan braces.

  1. Berus gigi macam biasa. Sebaiknya selepas setiap kali makan
  2. Floss selalu. Pastikan tiada build up kaviti dan 'tahi gigi'
  3. Elakkan makan melekit, keras dan mengunyah. Gula-gula, chewing gum, kacang, caramel
  4. Pakai mouth guard ketika bersukan. Braces boleh menyebabkan luka dalam mulut ketika perlanggaran berlaku.

Sebenarnya banyak lagi, tapi kali ni, kita keep it simple dulu.

Patient mengalami masalah gigi tidak teratur

Cabaran Umum Braces

Sepanjang pemasangan braces, banyak cerita cabaran kehidupan dengan braces. Cabaran ini boleh terbahagi kepada tiga kategori besar, Ketidak-selesaan, Penjagaan dan Psychological.

  1. Pantang makanan. Bukan semua boleh makan.
  2. Alatan music. Instrumen tiup mungkin jadi lebih sukar untuk keluarkan note yg betul
  3. Pertuturan. Mulut mungkin rasa penuh, suara dan nada mungkin berubah
  4. Sakit. Sakit biasa 2-3 hari selepas pelarasan menyebabkan mood berubah cepat
  5. Malu. Tidak kira usia, pemakai braces pasti diuji dengan nama jolokan 'gigi besi'.
  6. Pemakaian lama. Ya. Kadang kala pesakit mohon mempercepatkan treatment braces supaya boleh kembali kepada gaya kehidupan biasa.

Penjagaan selepas braces (Retainer)

Tahniah! Anda dah selesai menjalani rawatan braces, kini senyuman anda cantik!

Namun, perjalanan tidak berakhir di sini. Penjagaan selepas memakai braces sangat penting untuk memastikan gigi anda tetap berada di posisi yang baru dan sihat.

Teruskan kehidupan seperti berikut:

  1. Berus gigi macam biasa. Dua minit setiap kali, menggunakan ubat gigi ber florida. Gunakan berus jenis lembut.
  2. Floss selalu. Untuk elakkan kaviti dan sisa makanan yg mengakibatkan jangkitan pada gusi.
  3. Pakai retainer selalu. Ramai yg pilih untuk pakai retainer sekali sekala. Gunakan mengikut cadangan orthodontis.
Patient menggunakan clear aligner bagi merawat gigi jarang

Kesimpulan Braces

Braces adalah rawatan gigi yg selamat untuk menyusun dan memperbaiki struktur gigi. Anda boleh nampak perbezaan ketara selepas 12-24 bulan (mengikut rawatan).

Gaya hidup dan tabiat perlukan sedikit perubahan ketika memakai braces.

Namun dibalik segala permasalahan dan cabaran, kesihatan gigi dan susunan bertambah baik dengan rawatan braces. Diri lebih confident, dan lebih kerap senyum dari biasa.

Dapatkan consultation dari Orthodontiks terdekat dari Klinik Gigi Avisienna.

Kenapa Pilih Avisienna?

✅ Dentist dan Orthodontics Pakar
✅ Downpayment yg Rendah
✅ Cawangan seluruh Malaysia

Booking dengan Cawangan Klinik Gigi Avisienna terdekat

Artikel ini disunting oleh Dr Adhwa Anis di Klinik Pergigian Avisienna Kajang. 8 tahun pengalaman dalam rawatan Ortodonthiks.
Baca Blogpost Lain
Dapatkan Nasihat Dari Pakar Berdekatan
Cari Dentist Anda Sekarang